BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pelajar Bersekolah Dalam Babas, MCMC Turun Padang

KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membuat tinjauan di sebuah perkampungan di Pakan, Sarawak dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan gambaran sebenar kisah pelajar dan penduduk di kawasan berkenaan yang terpaksa keluar jauh daripada kediaman mereka bagi mendapatkan liputan perkhidmatan komunikasi.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini berkata, hasil tinjauan akan dipadankan dengan pelan pembangunan telekomunikasi yang telah dirancang untuk kawasan tersebut bagi
membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan komunikasi berkualiti sekaligus memperbaiki taraf kehidupan mereka.

Katanya, setakat ini sebanyak 185 menara telekomunikasi baharu di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP 2) akan mula dibina meliputi semua Bahagian di Sarawak. 

"Daripada jumlah tersebut, tujuh menara baharu dirancang untuk dibina di Pakan. 

"Kesemua menara tersebut dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga 2021,"katanya.

Sebelum ini tular seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Veveonah Mosibin memanjat pokok bagi mendapatkan capaian internet, semakin ramai tampil berkongsikan keadaan serupa di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Antaranya seorang pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris dari Sarawak yang dikenali sebagai Rose ED.

Katanya, inisiatif peluasan liputan komunikasi merupakan usaha berterusan oleh MCMC sejak dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) mula diwujudkan pada 2003. 
"Sehingga Mei 2020, MCMC dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi telah mendirikan sejumlah 553 menara telekomunikasi selain menaik taraf sejumlah 1,064 menara telekomunikasi kepada rangkaian 3G dan 4G di Sarawak.

"MCMC sedar masih terdapat banyak kawasan yang belum mendapat
liputan komunikasi menyeluruh dan stabil terutamanya di kawasan luar
bandar,"ujarnya.

Katanya, selain bentuk muka bumi yang berbukit-bukau dan laluan masuk yang sukar, masalah ketiadaan bekalan elektrik juga menjadi cabaran kepada MCMC dan syarikat telekomunikasi untuk membina menara di kawasan pedalaman. 

Antara kaedah alternatif yang diguna pakai bagi mengatasinya ialah penggunaan rangkaian satelit dan bekalan janakuasa diesel yang menyebabkan liputan tidak stabil.

MCMC komited dengan misinya untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi yang menyeluruh kepada rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar dalam usaha merapatkan jurang digital di seluruh negara.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »