BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pekan Asajaya 3 bulan sepi, kini kembali sibuk


ASAJAYA: Pekan Asajaya kembali menjadi tumpuan orang ramai ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Seorang penduduk Adis Jaya, 50 berkata, sebelum ini pekan Asajaya sunyi sepi selama tiga bulan sepanjang penularan wabak COVID-19.

"Ramai penduduk sudah berani ke pasar. Semua aktiviti ekonomi sudah dibuka serta kedai makan, dan kedai runcit menjadi tumpuan," katanya. 

Beliau berkata, semua penduduk serta peniaga menjaga penjarakan sosial.

Seorang lagi penduduk Kerawit ak Anjang, 40 berkata, dia bersyukur kelonggaran diumumkan selepas penularan wabak COVID-19 semakin berkurangan.

"Terima kasih kerajaan kerana bekerja keras untuk rakyat sepanjang penularan wabak COVID-19," katanya.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, dalam tempoh PKPP dilaksanakan, lebih banyak kelonggaran diberikan untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi prosedur opearasi standard (SOP) secara berterusan.
Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »