BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pejabat Imigresen di UTC Kuching, Sibu, Miri mula operasi Isnin ini

KUCHING:Semua Pejabat Imigresen Malaysia, Sarawak di UTC Kuching, Sibu dan Miri akan beroperasi pada 15 Jun 2020 (Isnin) mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.

Unit Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat, Jabatan Imigresen Sarawak, dalam satu kenyataan hari ini berkata,
semua perkhidmatan kaunter Imigresen di UTC adalah wajib menggunkan Sistem Temujanji Online (STO) di pautan https://sto.imi.gov.my yang akan boleh diekses mulai 14 Jun 2020 (Ahad). 

"Semua pelawat / pelanggan yang berurusan di Pejabat Imigresen hendaklah mengibas QR CODE yang disediakan dan mendaftar dalam MySejahtera.

"Semua orang awam yang hadir ke Pejabat Imigresen akan melalui imbasan suhu badan tidak melebihi 37.5 darjah celsius dan wajib menggunakan pelitup hidung (mask) sepanjang berurusan dengan pegawai yang bertugas,"katanya.

Katanya,amalan jarak satu meter hendaklah dipatuhi dan penggunaan hand sanitizer yang kerap adalah digalakkan semasa berurusan dengan pegawai imigresen. 

"Hand sanitizer ada disediakan di semua pintu masuk utama UTC dan pejabat Imigresen.

"Orang ramai adalah dinasihatkan supaya melayari portal rasmi www.imi.gov.my dan Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia untuk mendapat maklumat lanjut tentang tatacara mendapatkan temujanji berurusan di Pejabat Imigresen Malaysia,"ujarnya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Hotline 03-88882010 dan Bilik Gerakan Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak 082-429437.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »