BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PDRM rampas rokok seludup dan diesel di Sarikei bernilai lebih RM190,000


SARIKEI - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarikei berjaya merampas minyak diesel sebanyak 6,000 liter bersama lori jenis Nissan dalam Op Landai Covid-19 di Stesen Minyak Shell Jakar semalam.

Komander PPM Wilayah 5, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, pemandu lori tersebut yang ditahan gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen kebenaran memiliki/menyimpan barang kawalan tanpa permit dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Katanya, pemeriksaan dilakukan ketika rondaan yang dibuat pada pukul 10.20 pagi dengan nilai rampasan berjumlah RM135,380.

"Dalam kejadian kedua, serbuan dan pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah kedai di Jakar Bazaar.

"Pelbagai jenis rokok kretek dan putih disyaki lari daripada cukai kastam bernilai RM56,320. Pemilik kedai juga gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, pemilik kedai kemudian ditahan dan rokok dirampas kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »