BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PATI cuba masuk guna motosikal

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak mematahkan cuba 26 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia memasuki negeri ini melalui jalan tikus di sempadan Sarawak-Kalimantan.

Kesemua tangkapan dilakukan berasingan mulai hari Khamis hingga semalam di daerah Serian dalam Ops Benteng.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak, SAC Mancha Ata berkata, semalam 19 PATI ditahan di sebuah ladang sawit sekitar jam 6.30 pagi.

"Pada Khamis kita menahan enam individu mencurigakan berhampiran Kampung Tong Nibong pada jam 4.30 petang yang cuba menyusup masuk dengan menaiki dua buah motosikal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, seorang lagi ditangkap ketika memasuki negara ini melalui kawasan perkuburan Kristian di Kampung Entubuh, Tebedu sekitar jam 10 pagi pada Khamis.

"Kesemua mereka diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk tindakan selanjutnya juga di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ANTIPSOM) 2007," jelasnya.

Beliau berkata, kesemua PATI terbabit ditahan di bawah Akta Imigresen 1953 dan 1969 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »