BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Patah kaki dan cedera peha langgar lori


SRI AMAN: Dua mangsa tersepit dalam kejadian kemalangan di Kampung Abit Jalan Serian - Sri Aman kira-kira 5.45 awal pagi tadi.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta Myvi dalam perjalanan dari Kuching ke Betong melanggar sebuah lori. 
Dalam kejadian itu, pemandu kereta Myvi
mengalami patah pada pergelangan kaki kanan dan penumpang cedera di peha sebelah kanan.

Komander Operasi PBK II (Kup) William Bony Anak Alah berkata, pemandu dihantar ambulans KKM ke Klinik Kesihatan Balai Ringin dan penumpang cedera dihantar Unit EMRS ke Hospital Serian.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan kecemasan kemalangan jalan raya dari MERS 999 dan terus menggerakkan Jentera FRT & EMRS BBP Serian ke lokasi kejadian.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »