BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Parlimen bubar tahun ini, Anwar bakal kempunan




KETIKA pemimpin utama Pakatan Harapan sudah berkarat mulai bercakaran sesama sendiri, Perdana Menteri Datuk Seri Muhyiddin Yassin media utama seluruh dunia sudah menyiarkan berita Parlimen Malaysia bakal dibubarkan selepas pengumuman bajet 2010.

Ia sudah menjadi buah mulut kalangan pemerhati politik dan media sosial.

Adakah ramalan  Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada tahun lalu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bakal berlangsung pada akhir 2020 bakal menjadi kenyataan?

Tok Mat juga  pernah meramalkan pada tahun lalu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya memulangkan mandat kepada rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin menerusi PRU. Kini ia sudah menjadi kenyataan!

Ketika ini, PH Plus sedang sibuk berkempen menawan Putrajaya dalam pada masa sama perebutan untuk jawatan Perdana Menteri masih menjadi badi parti berkenaan.

Anwar dilihat lebih mempromosikan diri untuk menjadi Perdana Menteri, manakala konco-konco Tun Mahathir Mohamad sibuk untuk berkempen untuk pemimpin kesayanga mereka.

Ia terbukti apabila apabila mereka menyatakan rundingan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) haruslah tidak dengan keyakinan bahawa jawatan perdana menteri adalah hak mutlak Anwar Ibrahim.

Anggota Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik berkata, tanpa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, peluang untuk PH mengambil semula kerajaan adalah sangat tipis bahkan mustahil.

"Rundingan untuk ambil semula kerajaan daripada PN dan memilih Perdana Menteri ke-9 haruslah tidak dengan keyakinan bahawa PM ke-9 adalah hak mutlak Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dasar nombor. 

"Hakikatnya jelas, tanpa Tun Dr Mahathir, peluang untuk mengambil semula kerajaan pun sangatlah tipis bahkan mustahil.

"Kalau PH hanya berharap kepada kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka sampai bila-bila pun PH tidak akan mampu melepasi angka keramat 112," katanya.

Para penyokong Anwar Ibrahim tidak berdiam diri dan turut membidas kenyataan Maszlee itu. 

Menurut mereka, jawatan itu juga bukan hak mutlak Dr Mahathir Mohamad.

"Setuju dengan Maszlee. (Jawatan itu) juga bukan hak mutlak Tun Mahathir," kata Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad di Twitter.

Menyuarakan perkara sama, Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Ahmad Syukri Ab Razak berkata Anwar tidak akan berdiri sebagai calon tanpa pihak yang mencalonkannya. 

"Saya setuju bahawa ia bukan hak mutlak sesiapa. Tetapi apakah Maszlee tidak sedar bahawa beliau seolah-olah sedang memutlakkan jawatan itu hanya kepada Tun Mahathir?

"Dalam hal ini, PH dengan komposisi 91 Ahli Parlimen sebulat suara menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri. Soalnya sekarang, pihak manakah pula yang menamakan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri?" soalnya dalam kenyataan.

Anehnya, membuat kepala semakin pening, ada pula laporan berkata DAP, Amanah dan Warisan mahukan Dr Mahathir sebagai calon PM.

Sumber yang dipetik portal The Malaysian Insight itu berkata gandingan Mahathir sebagai perdana menteri dan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai timbalannya merupakan yang terbaik daripada dua gandingan yang dicadangkan.

Salah satu gandingan lagi merupakan Anwar sebagai perdana menteri dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalan.

Ketika ini, Perikatan Nasional berada di mood yang cukup baik untuk mengadakan  pilihan raya kerana semakin dipercayai rakyat apabila berjaya menyelesaikan beberapa isu dengan berjaya.

Akhbar Straits Times Singapura melaporkan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin sedang bersiap untuk pilihan raya menjelang akhir tahun ini.

Straits Times melaporkan, Muhyiddin juga meminta mandat tegas di tengah ketidakpastian mengenai berapa banyak sokongan yang dia miliki di parlimen.

Muhyiddin telah memberitahu para pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengenai rancangan pemilihannya dalam beberapa pertemuan bulan ini, sumber-sumber parti disebut dalam laporan itu.

"(PM) telah bertemu akar umbi dan juga telah mengarahkan semua pemimpin parti untuk meningkatkan persiapan pilihan raya," kata anggota majlis tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan.

Ramai pemerhati politik berpendapat jika pilihanraya berlangsung sebelum hujung tahun ia, suatu kelebihan buat PN.

Berdasarkan hasil penyelidikan dijalankan badan pemikir bebas, Emir Research, tahap kepuasan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada awal tahun ini, merosot menyebabkan usaha mengubah tampuk pentadbiran negara dilakukan.

Ia mendapati kemerosotan sebanyak 15 peratus direkodkan setakat ini.

Skor 0.45 terhadap kerajaan PH direkodkan atau purata seimbang berdasarkan Indeks Kepuasan Terhadap Kerajaan (GSI), berbanding skor 0.53 yang ditunjukkan dalam hasil kajian pada Disember lalu. GSI dinilai berdasar skala 0 hingga 1.

Kepuasan minimum bermula dengan 0 sehingga 0.2, di bawah kepuasan minimum (0.2 sehingga 0.4), kepuasan purata (0.4 sehingga 0.6), melebihi kepuasan purata (0.6 sehingga 0.8) manakala kepuasan maksimum antara 0.8 sehingga 1.

Hasil kajian untuk suku pertama 2020 itu dijalankan bermula 15 Januari hingga 24 Februari membabitkan 2,002 responden yang ditemui mewakili semua rakyat termasuk di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, kajian sama menunjukkan momentum untuk Barisan Nasional (BN) dan PAS yang membentuk gabungan Muafakat Nasional untuk menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 tinggi jika ia diadakan tidak lama lagi.

Berdasarkan hasil penyelidikan itu, mendapati 52 peratus responden memilih Muafakat Nasional berbanding Pakatan Harapan (PH) iaitu 30 peratus dan calon bebas, 18 peratus.

Peratusan sokongan kepada Muafakat Nasional dilihat meningkat 14 peratus berbanding hasil kajian terdahulu.

Kajian itu bagaimanapun tidak menunjukkan sama ada kewujudan Perikatan Nasional (PN), hasil kerjasama gabungan parti dalam BN, Muafakat Nasional, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menghasilkan peratusan sokongan lebih tinggi atau sebaliknya.

Kem Dr Mahathir begitu yakin akan mendapat 129 undi di Parlimen termasuk dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), tetapi pemimpin Sarawak sudah menegaskan sokongan kepada PH untuk kembali memerintah adalah kerja gila.

Dengan sokongan padu GPS, serta kekecohan yang dilaporkan di Sabah petang ini, nampaknya PH Plus sudah hampir kiamat berikutan penolakan di Malaysia Timur.

Ini semestinya memberikan satu suntikan semangat kepada Muhyiddin untuk memberikan kuasa kepada para pengundi untuk membuktikan bahawa kerajaan beliau memiliki mandat rakyat. 

Dan, Anwar sekali lagi bakal menjadi Bakal Perdana Menteri buat kesekian kali nya. 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »