BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Parah ditetak rakan sekerja


LIMBANG:Seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu penghantar barang parah ditetak rakan sekerja angkara tidak puas hati tentang pembahagian kerja di tepi jalan Kampung Belading, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu, mangsa, Khairil Azwan Abdullah,22,
ditetak di kedua belah kaki mengakibatkan luka dalam dan patah tulang kaki semasa jatuh hendak melarikan diri ketika diserang  rakannya sendiri berusia  32 tahun yang bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan  Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata,pihak menerima laporan berhubung kes itu setelah dimaklumkan pihak hospital Limbang berhubung kes itu jam 9.30 pagi tadi.

"Punca kejadian adalah suspek tidak berpuas hati apabila majikan memberikan peluang pekerjaan kepada mangsa lebih daripada peluang kepadanya.

"Ini adalah kerana saspek mempunyai masalah sukar dihubungi apabila diperlukan untuk menghantar barang dari Miri ke Limbang,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bertindak dari laporan itu,Bahagian Siasatan Jenayah(CID),Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang telah membuat tangkapan ke atas suspek dan merampas sebilah parang beserta sarung kayu dalam kereta Jenis Suzuki Vitara milik suspek di kawasan hutan Kampung Belading Tedungan, jam 3 petang tadi.

"Sebilah parang berserta sarung kayu yang telah pecah panjang lebih kurang 57 centimeter ditemui di bawah kerusi penumpang hadapan kereta Suzuki Vitara.

"Hasil soal siasat suspek mengaku berada di bawah pengaruh alkohol menetak kedua-dua belah kaki mangsa menggunakan parang,"katanya.

Beliau berkata,permohonan reman akan dilakukan esok hari untuk siasatan lanjut.

"Mangsa dalam keadaan stabil telah dipindahkan ke hospital Miri untuk menerima rawatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »