BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Operasi Bersepadu PDRM: 16 ditahan, 453 saman dikeluar

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Seramai 16 individu ditahan dan 453 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam operasi bersepadu yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Plaza Tol Kajang dekat sini, bermula 11 malam semalam hingga 6 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shari'at berkata mereka yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30-an, antaranya kerana terlibat lumba haram, positif dadah dan menggunakan kenderaan curi.

Beliau berkata saman turut dikeluarkan termasuk kerana lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh serta melakukan pengubahsuaian terhadap kenderaan.

Katanya, 247 individu serta 239 kenderaan melibatkan 227 buah motosikal dan 12 buah kereta diperiksa dalam operasi tersebut.

“Polis juga membuat sitaan terhadap 77 buah motosikal dalam operasi ini,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Operasi itu melibatkan lebih 140 pegawai dan anggota PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor serta PLUS Malaysia Bhd (PLUS).
 -- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »