BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Nur Adila wakili P218 Sibuti

KUCHING,21Jun: Pelajar yang sedang menuntut dalam jurusan undang-undang, Nur Adila Johri, telah terpilih sebagai wakil belia Parlimen Digital bagi Parlimen Sibuti.

Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni mendedahkannya dan Sarawak diperuntukkan sebanyak 31 kerusi wakil terbabit dengan mereka telah mencalonkan diri sendiri dan dipilih pihak penganjur. 

"Saya menyokong penuh usaha ini bagi membolehkan lebih banyak suara didengari pasca PKP dan krisis Covid19,"katanya di laman media sosialnya semalam.

Lukanisman berkata Parlimen Digital merupakan suatu inisiatif daripada belia yang tidak berpaksi kepada parti politik untuk menganjurkan sidang parlimen secara atas talian. 

Sementara itu, Nur Adila Johri dalam laman facebooknya berkata Parlimen Digital merupakan sebuah inisiatif yang diterajui belia untuk menganjurkan Parlimen Malaysia secara dalam talian dan mengembalikan fokus naratif negara kepada usaha-usaha memerangi kemelesetan ekonomi dan ancaman terhadap kesihatan awam yang berlaku kerana pandemik COVID-19.

Ini adalah untuk menunjukkan bahawa sidang parlimen Dewan Rakyat mampu dijalankan secara dalam talian.

Lebih 6000 permohonan daripada belia seluruh Malaysia telah diterima oleh pihak penganjur dan hanya seramai 222 perwakilan dipilih bagi mewakili Parlimen masing-masing.

Beliau akan mewakili Parlimen Sibuti (P218) pada hari persidangan Parlimen Digital yang dijadualkan pada 4 hingga 5 Julai depan.  


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »