BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Miliki dua senapang tanpa lesen, lelaki diberkas

SIBU: Padah memiliki senapang patah dan senapang angin buatan sendiri bersama 21 biji guli tanpa lesen dan permit yang sah, seorang lelaki diberkas pihak polis.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditangkap pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, di sebuah rumah tidak bernombor, Rumah Jackson Jana Batu 16, Jalan Oya di sini, dalam serbuan jam 11.45 malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintendan Collin Babat berkata, kedua-dua senapang yang dirampas tidak mempunyai nombor siri.

"Rampasan akan diserahkan kepada pihak persenjataan untuk mendapatkan ujian serviceability,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut 

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »