BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Bersama Perjanjian Malaysia 1963

PUTRAJAYA, 17 Jun: Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof mempengerusikan bersama Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Bersama MA63 yang berlangsung di Kementerian Kewangan (MOF) Putrajaya. 

Fadillah dalam hantaran di Facebook beliau berkata beliau mempengerusikan mesyuarat itu bersama Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

Katanya mesyuarat itu adalah susulan keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Bersama Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 
Dalam Mesyuarat bagi membincangkan isu mengenai Petronas hari ini, Sarawak diwakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ; Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan Pemantauan Projek Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ; Peguam Negeri, Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid ; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Seri JC Fong ; Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan Ketua Pegawai Eksekutif PETROS, Datuk Sauu Kakok.

Mesyuarat ini adalah susulan kata sepakat dicapai antara Kerajaan Sarawak dan PETRONAS untuk penyelesaian secara rundingan mengenai urusan minyak dan gas serta cukai ke atas petroleum di Sarawak seperti diumumkan pada 8 Mei yang lalu.

Bagaimanapun butir butir lanjut perbincangan tidak didedahkan Fadillah ah

Info dan teks: Fadillah Yusof

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »