BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Media diminta berkongsi gambar

KUCHING: Jabatan Ketua Menteri Sarawak menyarankan berkongsi gambar upacara majlis rasmi kerajaan untuk siaran.  

Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samat Junai
berkata, ia bagi mengelak jurugambar berasak-asak ketika merakamkan gambar di hadapan orang kenamaan serta mudah untuk mematuhi penjarakan sosial.

"Perlu melantik seorang jurufoto/jurukamera daripada UKAS, organisasi media Iain, Jabatan Penerangan Malaysia atau BERNAMA supaya tidak ramai yang berebut-rebut merakam gambar di hadapan VIP serta mudah untuk mematuhi penjarakan sosial. 

"Kemudian gambar-gambar daripada UKAS, organisasi media, Jabatan Penerangan Malaysia atau BERNAMA boleh dikongsi bersama untuk tujuan siaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, semua organisasi media perlu untuk mematuhi norma baharu seperti menggunakan penutup muka (face mask) dan mematuhi garis panduan penjarakan sosial sekurng-kurangya 1 meter semasa membuat liputan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Pejabat Ketua Menterl Sarawak telah mengambil perhatian dan seterusnya membuat teguran berkenaan jurugambar/jurufoto/jurukamera yang tidak mematuhi norma baharu ketika membuat liputan majIis-majlis rasmi kerajaan termasuk semasa lawatan rasmi Ketua Menteri ke tapak Projek Jambatan Krian, Saratok pada 11 Jun yang lalu," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »