BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mayat lelaki lemas jatuh sungai ditemui

BELAGA: Mayat lelaki yang lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Murum,di sini, semalam, ditemui pagi tadi.

Mayat Johny Mering,52,dijumpai penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat(SAR) jam 11.30 pagi dalam anggaran 200 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,
mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan SAR. 

"Mayat mangsa seterusnya dihantar dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,"katanya di sini hari ini.
Katanya,dengan penemuan mayat itu operasi SAR ditamatkan jam 1.15 tengah hari ini.

Selain pihak Bomba, turut serta dalam operasi SAR itu ialah pihak polis,Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

Gambar ihsan PGO Bomba

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »