BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mayat Jonathan ditemui terapung di sungai Machan

KANOWIT: Mayat lelaki yang hilang di Nanga Sengkabang Matau, Sungai Machan, di sini, Rabu lalu ditemui terapung di sungai Machan pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, Jonathan ak Madang, 40, ditemui dalam anggaran jarak lima kilometer dari lokasi kejadian jam 9.45 pagi.

"Melalui pengecaman dibuat waris mangsa dibawa ke rumah panjang Tuai Rumah Maria Sebie ak Nyanai.

"Mayat Jonathan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,"katanya di sini hari ini.

Katanya, dengan penemuan mayat itu operasi mencari dan menyelamat(SAR) yang memasuki hari ketiga hari ini ditamatkan jam 10.45 pagi ini.

Mangsa dilaporkan hilang selepas keluar rumah dipercayai pergi ke sungai Sekabang jam 5.30 pagi Rabu lalu.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »