BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mawan kukuhkan PBB di DUN Pakan


19 orang Tuai Rumah yang diketuai oleh Tuai Rumah Nyuka Anak Itam menyerahkan Borang Keahlian PBB kepada Tan Sri William Mawan Ak Ikom.

SARIKEI - Seramai 19 orang Tuai Rumah dari kawasan Sebangkoi, Dayat, Ulu Sarikei, Bayong dan Ribong telah menyerahkan Borang Keahlian PBB kepada ADUN Pakan. 

Majlis penyerahan borang tersebut telah diadakan pada satu majlis ringkas yang telah diadakan bertempat di Sri Nyelong, Sarikei. 

Difahamkan, rombongan tersebut telah diketuai oleh Tuai Rumah Nyuka Anak Itam daripada Lubok Lemba, Ulu Sarikei. 

Tuai Rumah Nyuka dalam majlis berkenaan telah menyatakan kesetiaan beliau kepada ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom sejak dari dulu sehingga ke hari ini. 

Beliau juga telah menyeru semua yang hadir untuk terus berdiri teguh di belakang Tan Sri William sebagai ADUN kawasan mereka dan penyerahan borang keahlian tersebut telah membuktikan sokongan padu kepada ADUN mereka.

Pada majlis yang sama, Tuai Rumah Nyuka juga menyerahkan sebanyak 1,400 borang keahlian PBB daripada penduduk rumah panjang kawasan tersebut dan juga daripada kawasan Pakan. 

Beliau juga memaklumkan bahawa ramai lagi rakyat yang akan turut memohon untuk menjadi ahli PBB dalam masa terdekat ini terutama setelah tamatnya tempoh PKPP nanti.

Tan Sri Willam ketika dihubungi sebentar tadi menyatakan beliau bersyukur dengan sokongan yang telah ditunjukkan oleh pemimpin dan penduduk setempat.

"Dalam kita berusaha mendekati rakyat dan mereka menunjukkan sokongan tanpa berbelah bahagi serta menyuarakan keingininan menyertai PBB dan ianya sinonim dengan dasar GPS mengutamakan rakyat," katanya lagi.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »