BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Maut tertimbus runtuhan tanah

MIRI: Buruh binaan maut ditimbus tanah runtuh di jalan raya Simpang Riam Lambir berhampiran Rainforest, petang tadi.

Ketika kejadian mangsa Inggol Rebak, 55 turun ke dalam lubang berukuran hampir tiga meter yang telah digali menggunakan jengkaut bagi membaiki paip rosak di bawah tanah.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi mangsa apabila tanah runtuh berikutan kawasan berair disebabkan paip air yang bocor.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, mangsa disedari rakan serta dihantar ke Hospital Umum Miri untuk mendapatkan rawatan.

"Mangsa disahkan maut sekitar sejam selepas menerima rawatan di Hospital Umum Miri (HUM)," katanya dalam kenyataan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »