BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Maut di kebun dipercayai bergaduh


KUCHING: Seorang lelaki berusia 57 tahun ditemui mati dalam keadaan terbaring dalam sebuah dusun buah, kawasan belakang perumahan Taman Sri Permai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil  Bolhassan berkata, pihaknya telah bertindak menahan seorang pemandu bas ekspress berusia 54 tahun untuk melengkapkan siasatan.

Rabu lalu,isteri suspek mendakwa dia telah dikejutkan oleh suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala dan bahu sebelah kiri di kediaman mereka di RPR Landeh sekitar jam 6 petang.

"Suaminya yang juga pemandu bas ekspres memaklumkan semasa berada di kebun tidak jauh dari rumah telah ditetak dengan menggunakan senjata sebilah parang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dari arah belakang. 

"Isteri (suspek) kemudian memaklumkan kepada jiran untuk membawa suaminya ke Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isteri suspek kemudian membuat laporan polis jam 7.43 malam menyatakan suaminya telah diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali menggunakan sebilah parang.

Aidil berkata, ekoran kejadian terbabit wanita itu mendakwa suaminya  telah mengalami kecederaan dengan lima jahitan di bahagian belakang kepala dan tiga jahitan di bahagian belakang bahu sebelah kiri.

"Pada jam 11.15 pagi semalam, pihak polis telah merampas sebilah parang berserta sarung, panjang lebih kurang satu kaki. Berdasarkan keterangan mangsa yang diserang barang kes telah digunakan untuk menyerangnya semasa kejadian.

"Pada jam 2 petang, pasukan siasatan telah membawa mangsa ke tempat kejadian disebabkan keterangannya masih meragukan. Semasa berada di tempat kejadian bersama mangsa, pasukan siasatan telah menjumpai mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring di atas tanah,"katanya.

Mangsa juga telah mengesahkan si mati adalah orang yang menyerang serta bergelut dengannya.

"Hasil soal siasat lanjut, semasa kejadian berlaku mangsa mengaku ada mencekik dan kemudian telah menetak kepala si mati menggunakan parang yang telah dirampas, sebelum melarikan diri. 

"Semasa disoal siasat mangsa masih belum mengemukakan alasan yang munasabah berkenaan dengan punca kejadian berlaku,"katanya.

Katanya, pengecaman awal mayat si mati telah dilakukan oleh isteri si mati, manakala turut ditemui di tempat kejadian ialah helmet warna merah, gunting kecil, telefon bimbit, selipar kasut getah dan beg sandang kepunyaan si mati serta gelang tangan emas kepunyaan suspek (mangsa serangan).

"Permohonan reman suspek  yang juga mangsa dilakukan di Mahkamah Kuching bagi membantu siasatan lanjut,"ujarnya. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan 302 Kanun Keseksaan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »