BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lori sampah bertembung lori arang batu di Mukah

MUKAH: Tiga mangsa tercampak keluar manakala seorang lagi tersepit setelah lori sampah dan sebuah lori yang membawa muatan arang batu bertembung di Jalan Hala Telian,di sini,petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.28 petang malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Mukah ke lokasi kejadian.

"Tiga mangsa lori sampah yang tercampak ke luar mengalami kecederaan manakala pemandu lori muatan arang batu telah tersepit,"katanya di sini hari ini.

Katanya,Unit EMRS bersama agensi lain menghantar ketiga-tiga mangsa yang tercampak luar ke hospital untuk rawatan.

"Seterusnya pihak Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan rescue tools Bomba,"ujarnya.

Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan jam 7 malam dalam keadaan sedarkan diri dan terus diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »