BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki maut terperangkap, kereta jatuh parit


SARIKEI: Seorang lelaki maut setelah kereta dipandu terjunam ke  dalam parit di Jalan Pasi Sarikei-Bintangor, di sini,petang tadi.

Dalam kejadian itu, Loh Ngie Ying, 30, yang memandu kereta Toyota Vios dipercayai terperangkap dalam kereta terbabit.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.10 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi  kejadian didapati sebuah kereta telah ditarik ke tebing parit oleh penunda kereta. 

 "Sepasang suami isteri yang berada ditempat kejadian memberitahu kereta berkenaan dipandu oleh anak lelaki mereka,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan Bomba terus membuat surface searching dengan menggunakan tali penyelamat. 

"Mangsa berjaya dijumpai di dasar parit dan telah disahkan meninggal oleh pihak Kementerian kesihatan Malaysia(KKM). 

"Mayat mangsa diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »