BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki maut, pikap langgar pokok di Jalan Kidurong

BINTULU:Seorang lelaki maut setelah pikap dipandu terbabas ke tepi jalan dan melanggar sebatang pokok di Jalan Kidurong,di sini,malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.49 malam.
"Impak kemalangan mengakibatkan pemandu tesepit di bahagian duduk pemandu.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan telah meninggal dunia oleh pihak hospital," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu menggunakan FRT,EMRS bersama lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian,operasi ditamatkan jam 10.32 malam.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »