BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki ditangkap bawa 13,500 liter diesel

BINTULU - Seorang lelaki tempatan berusia 50an dicekup Unit Risikan Marin, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Bintulu di tepi Jalan Batu 60 Jalan Lama Bintulu - Miri pagi tadi.

Menurut Komander PPM Wilayah 5, ACP Shamsol Kassim, kejadian tersebur berlaku sekitar pukul 11 pagi ketika pasukan diketuai seorang inspektor dan 3 anggota menjalankan OP LANDAI.

"Suspek seorang lelaki telah diperiksa bersama 1 lori trailer dengan muatan minyak diesel lebih kurang 13,500 Liter mendapati pemilik/penjaga gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen kebenaran memiliki/menyimpan barang kawalan tanpa permit, lesen atau tanpa kebenaran khas pihak KPDNHEP. 

"Jumlah rampasan bagi minyak diesel dan lori trailer itu berjumlah RM173,895.
Kenderaan itu juga dirampas kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (KPDNHEP) - Memiliki Barang Kawalan Berjadual Tanpa Kebenaran," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. 

Tambahnya, pasukan itu telah membuat laporan polis dan kes dirujuk serta diserah kepada KPDNHEP Bahagian Bintulu untuk tindakan lanjut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »