BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki dikhuatiri hilang ketika periksa jerat

BARAM: Seorang lelaki dikhuatiri hilang ketika memeriksa jerat binatang dipasang di hutan belakang rumah kebun di Sungai Besanan, Sungai Tutoh Mulu,di sini, Ahad lalu.

Setelah usaha mencari mangsa, Robin ak Bantan, 51, beralamat di Rumah 1, Kuala Medalam, Limbang, gagal, ahli keluarga bertindak membuat laporan polis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 12.03 tengah hari semalam.

"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi telah bergerak ke lokasi kejadian bersama pihak polis pagi tadi.

"Lokasi kawasan tersebut berada jauh di pendalaman dan hanya boleh sampai menggunakan bot melalui sungai,"katanya di sini hari ini.

Katanya, anggaran jarak dari Marudi ke Sungai Tutoh adalah 150 kilometer dengan tempoh perjalanan dianggarkan 5 hingga 6 jam bergantung dengan keadaan cuaca dan arus sungai.

"Perjalanan hanya boleh dilalui melalui jalan sungai dan udara ke lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Pasukan SAR akan menginap di pondok kebun orang kampung yang berdekatan dengan lokasi SAR sehingga operasi tamat,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »