BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki didakwa bunuh 3 rakan


REMBAU, 24 Jun (Bernama) -- Seorang bekas pekerja ladang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan membunuh tiga lelaki senegara pada Disember tahun lepas.

Tertuduh, Mohamad Rozak Nor, 20, hanya mengangguk faham selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Dia dituduh membunuh Hari Sucipto, 19, Ramdani Sahrul, 20, dan Gunawan Pani, 20, di rumah kongsi pekerja Ladang Chin Fatt di Gemencheh, Tampin antara 10.40 malam sehingga 11 malam, 5 Dis 2019.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ummi Amyra Natasha Azhar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 Julai depan bagi serahan laporan kimia dan laporan bedah siasat.

-- BERNAMA

 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »