BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki diberkas jual loteri tanpa lesen

BAU: Seorang lelaki diberkas kerana menjual loteri awam haram di premis kedai makan BJ 1 Singai Centre Cafe,Jalan Tondong,di sini, petang semalam.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah (CID), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau jam 5.30 petang dalam Op Dadu.

"Kit menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat di dalam aktiviti perjudian loteri awam,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,pihaknya turutnya merampas seunit telefon bimbit Jenama Vivo dan sembilan keping wang tunai pelbagai nilai RM180.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(A)(a) Akta Judi Rumah Terbuka 1953.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih daripada RM200,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun penjara,"tegasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »