BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki bersenjata kapak dan parang lari atas bumbung


SARATOK: Polis terpaksa menggunakan bantuan khidmat khas Bomba untuk menurunkan lelaki bawah pengaruh dadah melarikan diri atas bumbung di Kampung Hilir Kaba petang tadi.

Menurut Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Saratok menerima panggilan daripada polis Saratok memohon bantuan. 
Sehingga berita ditulis, operasi memujuk masih lagi diteruskan dan pasukan Bomba memasang tangga untuk naik ke atas bumbung rumah.

Suspek berusia 35 tahun membawa sebilah parang dan kapak melarikan diri ke atas bumbung rumah setelah mencederakan seorang remaja lelaki yang berumur 14 tahun. 

"Operasi memujuk masih lagi diteruskan. Pasukan bomba memasang tangga untuk naik ke atas bumbung rumah," katanya.

Operasi memujuk turut di sertai ASP Leonard termasuk 10 anggota namun masih lagi belum berjaya.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »