BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lapor harga ayam mahal, Alexander

PUTRAJAYA, 25 JUN 2020 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius isu berkaitan kenaikan harga ayam sejurus selepas tamat perlaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan ( SHMMP) seperti yang dilaporkan di media tempatan baru-baru ini. 

KPDNHEP mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pembekal, peniaga
dan pembeli/pengguna berkenaan isu harga ayam yang merupakan sumber protein dan makanan utama rakyat Malaysia terutama setelah ekonomi negara terjejas akibat Covid-19 dan proses pemulihan ekonomi baru bermula. 

Apa jua keputusan dan tindakan yang diambil oleh kerajaan sentiasa seimbang untuk semua pihak berdasarkan kepada kaedah menang-menang. 

KPDNHEP telah mengadakan sesi libat-urus dengan lima syarikat penternak
ayam baru-baru ini untuk mendapatkan pandangan dan input di lapangan yang
mempengaruhi harga ayam di pasaran terkini.

KPDNHEP telah mengeluarkan Notis 21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti
Pencatutan (AKHAP) 2011 kepada semua penternak bagi mendapatkan maklumat dalam mengesan rantaian bekalan sebelum tiba kepada peniaga dan  
pengguna.

Kementerian juga sentiasa mendapatkan data terkini di mana saya, timbalan saya
dan pegawai tinggi Kementerian sendiri turun padang mendapatkan input dari
peniaga dan pengguna yang kami temui di pasar awam dan pasaraya.

KPDNHEP juga menggerakkan lebih 1,000 pemantau harga yang mengumpul
harga barangan asas termasuk ayam setiap hari di seluruh negara di mana daftar harga tersebut boleh diperolehi dari aplikasi Price Catcher. 

Di samping itu, 2,300 pegawai penguatkuasa juga memantau dan memeriksa premis perniagaan termasuk bekalan dan harga ayam di kedai runcit, pasar awam dan pasaraya dan bertindak terhadap aduan pengguna. 

Kementerian sentiasa membuka pintu kepada peniaga dan pengguna mengenai
isu-isu yang berkaitan dengan isu harga barang keperluan bagi memastikan
kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin dan menzahirkan ekosistem perdagangan
dalam negeri yang beretika dan adil.

Berdasarkan kepada kajian Bahagian Harga Barang Negara, KPDNHEP dan data
harga ayam yang dikumpul selama 10 tahun serta pemantauan Bahagian
Penguatkuasa KPDNHEP, mendapati bahawa harga ayam turun naik
berdasarkan permintaan dan bekalan. 

Kenaikan selepas SHMMP didapati
dipengaruhi daripada bekalan yang terhad selepas permintaan yang menguncup
dan terjejas akibat PKP selama lebih dua bulan di mana premis perniagaan,
Restoran, hotel dan majlis keraian tidak boleh beroperasi.

Kementerian yakin ini merupakan fenomena ‘cyclicle’ bekalan yang bersifat
sementara di mana bekalan dijangkakan akan pulih dalam sedikit masa lagi.

Kementerian akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan dibawah kuasa dan peruntukan akta yang diberikan jika perlu.

Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab, KPDNHEP ingin menasihatkan semua pemain industri, pemborong dan peniaga agar bersikap adil dan tidak mengambil kesempatan di dalam situasi sekarang. Kelonggaran yang diberikan membolehkan semua sektor ekonomi beroperasi sepenuhnya setelah terhenti seketika, tidak dijadikan peluang untuk mengaut keuntungan secara tidak  
munasabah.

Pengguna pula harus sentiasa menjadi pengguna bestari dengan menggunakan
semua pilihan yang ada untuk berbelanja. Masih ada premis yang menjual ayam
dengan harga yang berpatutan. 

Pengguna dinasihatkan agar membuat
perbandingan harga ayam dan barang keperluan pengguna melalui aplikasi Price
Catcher yang diperkenalkan oleh KPDNHEP bagi mendapatkan harga dan premis yang terbaik sebelum berbelanja.  

KPDNHEP akan terus menggerakkan pegawai-pegawai penguatkuasanya di
seluruh negara untuk memantau harga ayam di pasaran tempatan bagi memastikan pengguna tidak terbeban dengan kenaikan tersebut. 

Pengguna pula  disaran agar melaporkan sebarang aduan berkaitan harga barangan pengguna ke kementerian melalui 8 saluran aduan yang disediakan untuk pengguna.

DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
( KPDNHEP )
PUTRAJAYA,
25 JUN 2020

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »