BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Langgar SOP, dua peniaga degil dikompaun

KUCHING: Dua peniaga yang menjalankan perniagaan kedai runcit dan menjual daging segar di Pusat Komersial Moyan Square, Jalan Tondong Batu Kawa, di sini, dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, kedua-dua peniaga lelaki berusia 38 dan 48 tahun itu mengingkari serta tidak patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam operasi sekitar 11.30 pagi di pusat terbabit.

"Kedua-dua peniaga ini mengabaikan penjarakan sosial, tidak mencatit suhu badan, nombor telefon serta nama pelanggan.

"Mereka tetap mengulangi kesalahan yang sama walaupun telah dinasihat beberapa kali,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, kedua-dua peniaga telah dibawa ke Balai Polis Kota Sentosa untuk dikompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 10 (Arahan Ketua Pengarah Kesihatan) iaitu Peraturan - Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah - Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) 2020.

"Kedua-dua mereka bersetuju menerima tawaran kompaun yang dikenakan atas kesalahan yang dilakukan.

"Tawaran kompaun tidak melebihi RM1,000 adalah selama tempoh 14 hari berkerja iaitu sehingga 27 Jun ini," katanya.

Pemantauan menguatkuasakan arahan PKPP dilakukan pasukan Task Force terdiri daripada dua anggota polis, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Perbandaran Padawan, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »