BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kompleks sukan rekreasi mula dibuka Rabu ini

KUCHING:Kerajaan Sarawak bersetuju membuka semula kemudahan
kompleks sukan rekreasi untuk orang ramai mulai 17 Jun ini, namun penggunaannya adalah tertakluk kepada prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata,
pembukaan semula itu telah dipersetujui oleh pihak kerajaan negeri setelah
diperhalusi oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan SOP yang telah dikemukakan oleh Kementerian mendapat kelulusan.

"Orang awam yang nak bersukan serta beriadah hendaklah mematuhi SOP dan kaedah kaedah yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa seperti melakukannya di kawasan lapang serta tidak melibatkan mana mana sukan yang tertentu kerana perjarakan sosial adalah penting demi mengelak kemungkinan penularan virus COVID-19.

“Mulai 17 Jun ini orang ramai terutama pengiat sukan boleh menggunakan kemudahan sukan dan rekreasi di bawah kementerian dan milik persendirian namun tertakluk kepada SOP yang ditetapkan oleh kerajaan negeri berpandukan kepada garis panduan yang telah diberi olek
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),"katanya ketika mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama
pegawai pegawai pembangunan sukan (SDO) dibawah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSN Sarawak) hari ini.

Katanya, keputusan yang dibuat adalah juga selari dengan pengumuman
yang telah dibuat Perdana Menteri Malaysia serta Menteri Belia
dan Sukan Malaysia pada 8 Jun lalu dimana pembukaan sektor sukan dan rekreasi adalah penting demi menghidupkan semula amalan gaya hidup sihat di kalangan rakyat seluruh
negeri serta memulihkan industri sukan tempatan.

"Usaha ini juga dilihat dapat menjana pendapatan kepada pihak yang terlibat dalam industri sukan, rekreasi dan kesihatan yang secara langsung dapat membangunkan komuniti sukan
dan atlet selain mengalak masyarakat tempatan untuk mengamalkan kehidupan sihat, pembudayaan sukan dan rekreasi,"ujarnya.

Katanya,adalah penting bagi masyarakat tempatan untuk memberi kerjasama dalam menjayakan aspirasi pihak kerajaan dalam pembukaan kemudahan sukan dan rekreasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP).

“Sama samalah kita mematuhi segala SOP yang ditetapkan sebagai norma baharu dalam mengamalkan kehidupan sihat melalui bersukan dan berekreasi demi menjamin keselamatan di kalangan masyarakat tempatan,” katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »