BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kluster ahli keluarga bertambah, satu lagi kes positif

KUCHING: Sarawak merekodkan satu lagi kes baharu positif COVID-19 hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata, kes tersebut dilaporkan 
adalah dari Daerah Bintulu yang melibatkan ahli keluarga yang sama hasil 
saringan dan pengesanan kontak kepada kes ke-557.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak setakat hari ini seramai 561," katanya pada sidang media hari ini.

Uggah berkata, dimaklumkan juga bahawa tiada kes baru yang telah sembuh dan discaj dari hospital pada hari ini.

Menurutnya, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes postif 
COVID-19 yang telah sembuh dan discaj setakat hari ini adalah kekal seramai 
534 orang atau 95.19% dengan seramai 10 orang masih menerima rawatan di hospital; di dalam wad isolasi dan jumlah kematian 
kekal seramai 17 orang.

Katanya, seramai 17 PUI baharu dilaporkan dan 11 kes masih menunggu ujian makmal.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »