BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kes COVID-19 Indonesia lepasi angka 29,000, kematian 1,770






JAKARTA, 5 Jun -- Indonesia merekodkan tambahan 703 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif terkini di negara itu sebanyak  29,521 kes.

Republik itu juga mencatatkan 49 lagi kematian dalam tempoh sama menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,770 orang.           

Bercakap pada sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata seramai 13,592 pesakit masih dalam pemantauan.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 524 kes, diikuti Jawa Timur (446 kes), Jawa Barat (158) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-- BERNAMA
Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »