BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kereta Proton Saga terbakar

KUCHING:Sebuah kereta Proton Saga terbakar di hadapan klinik Petra Jaya, di sini, tengah hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 1.27 tengah hari dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.

"Sebuah kereta jenis Proton Saga telah terbakar 100 peratus di bahagian enjin,"katanya di sini hari ini.

Katanya,kebakaran telah berjaya di padam oleh orang awam dengan menggunakan seunit alat pemadam api. 

"Pihak Bomba hanya membuat pemantauan memandangkan kebakaran tersebut telah pun padam dengan sepenuhnya. 

"Setelah memastikan keadaan terkawal dan selamat, jentera bersama anggota berangkat balik ke balai,operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.38 tengah hari,"jelasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »