BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kereta Hyundai Tucson terbakar di Jalan Rubber


KUCHING: Sebuah kereta jenis Hyundai Tucson terbakar di Jalan Rubber, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.48 pagi.

"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Lintang  bersama sebuah FRT dengan sembilan anggota digerakkan ke lokasi kejadian,"katanya di sini hari ini.

Katanya, kebakaran tersebut berlaku di kawasan ‘parking’ kereta dan tidak melibatkan mangsa dan kenderaan lain. 

"Kereta tersebut telah terbakar 100 peratus. Operasi tamat pada jam 10.30 pagi,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »