BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kerajaan Sarawak bantu bina semula rumah panjang Long Selaan

LONG SELAAN: Dua belas keluarga mangsa kebakaran di Long Selaan, Ulu Baram boleh menarik nafas lega apabila Kerajaan Negeri menawarkan mereka bantuan untuk membina rumah panjang baharu.

Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala yang melawat mangsa di Long Selaan pada Jumaat lalu.
“Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap geran pembinaan semula rumah panjang akan bermesyuarat.”

“Saya akan memberikan maklumat berkaitan kepada Uggah untuk kelulusan geran bagi membiayai pembinaan semula rumah panjang tersebut,” katanya seperti dipetik dalam The Borneo Post pada Jumaat.

Gerawat menambah, ini adalah inisiatif kerajaan negeri dalam usaha meringankan beban rakyat yang ditimpa malapetaka.

Kira-kira 60 penghuni tinggal sehelai sepinggan selepas rumah panjang mereka musnah dalam kebakaran pada 8 Jun lalu.

Gerawat yang juga Timbalan Speaker DUN berterima kasih kepada individu, persatuan dan agensi kerajaan yang memberi bantuan termasuk wang tunai.

Selain itu turut mengumumkan bantuan derma ialah Datuk Amar Uggah (RM12,000) untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Long Selaan, Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau (RM12,000) ADUN Murum merangkap Presiden Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak Kennedy Chukpai Ugon dan ADUN Telang Usan Dennis Ngau masing-masing (RM6,000) dan Gerawat (RM12,000) untuk membeli barangan keperluan.

Selain itu, Menteri Kebajikan Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah memberikan bantuan keperluan asas bernilai RM5,000 untuk setiap pintu keluarga yang terjejas.

Long Selaan merupakan perkampung Kenyah yang terletak kira-kira 10 jam perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari Miri.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »