BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kena denda RM5,000 langgar kuarantin

Denda RM5,000 angkara lucut gelang kerana mi kampua

KUCHING: Gara-gara keinginan untuk menikmati Mi Kampua seorang lelaki sanggup menanggalkan gelang pengesanan elektronik yang dipakainya.

Akibat perbuatan tersebut, dijatuhkan hukuman dena RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Sibu hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, ia merupakan kes Mahkamah Pertama melibatkan pelanggaran arahan kuarantin dibawah Sek 15 (1) di Sarawak. 

Tertuduh yang dibicarakan di Mahkamah Majistret Sibu pada 4 Jun 2020 pada 10.00 pagi mengaku salah dan didenda RM5,000 atau penjara 5 bulan sekiranya gagal membawar denda.  

Kes ini melibatkan kes Person Under Surveillance (PUS) yang telah dikeluarkan arahan Home Quarantine .

Pada 25 Mei 2020, semasa dalam tempoh kuarantin dari 17 Mei hingga 30 Mei 2020, tertuduh telah keluar dan makan mi kampua di Sibu Jaya. 

Sewaktu makan di luar, tertuduh telah mempamerkan gambar di media sosial dan dengan ini kes telah melanggar perintah dibawah Akta 342, Seksyen 22(b) dan didenda dibawah sek 24 (a).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »