BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kebenaran 250 orang majlis kahwin, doa selamat

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) mengumumkan kebenaran bagi aktiviti penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan, tahlil & doa selamat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi seluruh Negeri Sarawak.

Setiausaha Majlis Islam Sarawak, Ustaz Haji Khalidi Haji Ibrahim dalam kenyataan berjata, majlis kenduri boeh dihadiri tidak lebih 250 orang serta mematuhi penjarakan sosial

Menurutnya, penganjuran majlis kenduri orang Islam Negeri Sarawak termasuk di Masjid/ Surau adalah dibenarkan bermula 9 Zulkaedah 1441H/ 1 Julai 2020M.

“Semua yang terlibat dalam menganjur dan menghadiri majlis ini hendaklah memastikan Panduan yang akan dikeluarkan ini dan sentiasa menjaga penjarakan sosial (1 Meter)," katanya.

Beliau berkata, MIS juga mengumumkan kebenaran Pelaksanaan Ibadah Qurban selaras dengan ketetapan kerajaan tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan.

Menurutnya, ibadah qurban adalah dibenarkan dan ianya boleh dilaksanakan di rumah-rumah sembelihan atau di Masjid dan Surau.

Katanya, tempoh pelaksanaan ibadah qurban ini adalah selama 4 hari iaitu bermula pada 31 Julai 2020M/ 10 Zulhijjah 1441 Hijri sehingga 3 Ogos 2020/ 13 Zulhijjah 1441 Hijri.

“Masjid dan Surau yang berhasrat untuk melaksanakan ibadah qurban hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Pengelola (JP) dan mendaftar dengan Pejabat Agama Islam Bahagian melalui Borang Jais/Qurban/1441 seperti pada Lampiran A," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »