BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kebakaran di Kampung Limpasung


LIMBANG:Lima penghuni  hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Kampung Limpasung, di sini, petang ini.

Kesemua mereka yang berusia tujuh hingga 62 tahun sempat menyelamatkan diri daripada terperangkap ketika api mula membakar kediaman mereka.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.26 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang telah musnah 95 peratus,"katanya di sini hari ini.

Katanya,kebakaran dapat dikawal jam 6.15 petang tanpa melibatkan sebarang kemalangan jiwa. 

"Punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan,"jelasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »