BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kebajikan balu Sarawak Renjer tidak diabaikan


SERIAN: Kebajikan balu Sarawak Renjer tidak diabaikan apabila menerima lawatan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Sarawak, Mejar Pahot Joll.

Beliau meluangkan masa menziarahi beberapa balu bekas anggota veteran ATM Sarawak Renjer di Kampung Ensebang Plaie, Serian, semalam.
Demian Akon iaitu balu kepada Pte Naka ak Ngumbang kini usianya telah mencecah 99 tahun semakin dimamah usia serta tiada berdaya lagi. 

Suaminya, Pte Naka telah berkhidmat selama 2 tahun iaitu pada 17 Mei 1955 era pemerintahan British telah meninggal dunia pada 7 Februari 2001.

Naka tinggal bersama menantunya iaitu Roseline setelah anak beliau Baking ak Naka juga telah meninggal dunia.

Seorang lagi balu iaitu Bayan ak Rangie, balu kepada Pte Kusam ak Mandau turut diziarahi.

Bayan berusia 84 tahun, mempunyai empat orang anak dan dua daripada anaknya adalah Orang Kurang Upaya (OKU). 

Bayan hanya bergantung harap kepada rezeki yang diberikan oleh dua orang anaknya. 

Manakala seorang lagi balu yang disenaraikan untuk dilawati iaitu Dambak ak Balil telah meninggal dunia.

Hasil daripada lawatan tersebut, JHEV ATM Cawangan Sarawak akan berusaha untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup untuk kedua-dua balu bagi meringankan beban anak-anak dan kesejahteraaan balu itu sendiri.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »