BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kastam rampas rokok seludup elak duti dan cukai bernilai RM47.4 juta


BINTULU:Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas sebanyak 70,960,000 batang rokok seludup dengan nilai dianggarkan RM6.3 juta manakala duti dan cukai terlibat dianggarkan bernilai RM47.4 juta di Pelabuhan Bintulu dengan mengunakan sebuah kapal dari Pelabuhan Klang.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata,pada Jumaat lalu,jam 11.30 malam, sepasukan anggota
penguatkuasaan JKDM Bintulu telah membuat penggeledahan ke atas sebuah kapal kontena yang tiba di Pelabuhan Bintulu.
"Sebelum penggeledahan dijalankan, kapten kapal telah menyerahkan satu set manifes masuk bagi 237 kontena yang akan di daratkan di Pelabuhan Bintulu.

"Satu set Cargo Loading Plan telah diserahkan atas permintaan ketua serbuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,semakan ke atas dokumen tersebut mendapati sebanyak 129 kontena tidak diikrar dalam daftar manifes masuk termasuk tujuh kontena yang disyaki mengandungi rokok putih.

"Pada jam 1 petang Sabtu,kesemua
tujuh kontena yang disyaki mengandungi rokok putih telah diarahkan untuk didaratkan di Pelabuhan Bintulu untuk pemeriksaan.  
"Pemeriksaan dijalankan ke atas tujuh kontena tersebut mendapati kesemua kontena tersebut mengandungi rokok putih pelbagai jenama yang dipercayai tidak lulus kastam. 

"Rokok-rokok yang belum lulus Kastam diangkut mengunakan kapal komersial
bagi tujuan dihantar ke destinasi tertentu melalui Pelabuhan Bintulu,"ujarnya.

Beliau berkata,bagi mengelakkan aktiviti dikesan, dagangan telah diikrar dalam manifes masuk sebagai general cargo dan syarikat pengimport adalah syarikat agen perkapalan berdaftar.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu membuat
perakuan tidak betul di mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi 500,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-dua sekali. 

"Siasatan juga dibuat di bawah Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Zon Bebas (Pindaan) 2019. Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman selaras Seksyen 19 Akta Zon Bebas 1990,"tegasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »