BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kantoi sorok dadah dalam almari


BAU: Seorang lelaki ditahan memiliki dadah jenis syabu di Kampung Grogo kira-kira jam 9.15 pagi tadi. 
 
Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siatsan Jenayah IPD Bau melakukan serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Grogo.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam bilik tidur rumah suspek telah menjumpai satu peket plastik lutsinar yang berisi bahan Kristal disyaki dadah jenis syabu di dalam poket kecil sebelah kanan bahagian hadapan seluar jeans warna biru.
"Selain itu, polis menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi bahan kristal yang disyaki dadah jenis syabu di dalam beg silang warna hitam jenama PUMA yang bergantung di almari pakaian dalam bilik tidur," katanya dalam kenyataan.

Suspek yang mempunyai kesalahan lampau akan direman esok. 

Beliau berkata, anggaran keseluruhan berat kasar adalah (1.28 Gram) dan ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Ujian saringan awal mendapati sabjek juga positif Amphetamine dan Methamphetamine dan ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »