BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kanak-kanak tidak dibenarkan hadiri upacara perkahwinan



KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama- Agama Lain (UNIFOR) mengeluarkan garis panduan upacara perkahwinan di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam serta menziarahi kubur berkuat kuasa Rabu ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Douglas Uggah berkata, ia selaras dengan ketetapan dipersetujui jawatakuasa berikutan pembukaan semula rumah-rumah ibadat agama-agama lain selain agama Islam di seluruh Sarawak yang berkuatkuasa 20 Jun lalu. 

Menurutya, jawatankuasa membenarkan jumlah kehadiran ke upacara perkahwinan dan Persatuan Agama Bukan Islam dihadkan kepada 20 orang selepas mengambil kira penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter.

Katanya, kehadiran ke upacara pengkebumian pula adalah dihadkan kepada 50 orang yang terdiri daripada pemberi perkhidmatan dan ahli keluarga terdekat sahaja.

"Upacara perkahwinan ini akan dilaksanakan tertakluk kepada pematuhan
syarat yang telah dipersetujui, iaitu rumah ibadat dan Persatuan Agama
Bukan Islam yang mempunyai Penolong Pendaftar Perkahwinan yang dilantik
di bawah Seksyen 28 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan
Perceraian) 1976 (Akta 164) dibenarkan untuk menjalankan upacara perkahwinan di rumah ibadat masing-masing," katanya dalam kenyataan.

Uggah berkata, kehadiran ke aktiviti menziarahi kubur pada
satu-satu masa pula telah dihadkan kepada 20 orang dan hanya terdiri
daripada ahli keluarga terdekat sahaja.

Beliau menambah, jawatankuasa juga memutuskan untuk tidak membenarkan kanak- kanak di bawah berumur 12 tahun ke bawah menghadiri upacara perkahwinan di rumah ibadat dan Persatuan Agama Bukan Islam mahupun menghadiri upacara pengkebumian dan aktiviti menziarahi kubur. 

"Begitu juga mana-mana individu yang mempunyai gejala demam, batuk, selesema atau mempunyai suhu melebihi 37.5ÂșC adalah dilarang untuk
ketiga-tiga upacara tersebut dan sebarang aktiviti sosial (makan, minum dan sebagainya) dan yang melibatkan aktiviti sentuhan fizikal juga tidak dibenarkan," katanya.

Beliau menambah, semua rumah-rumah ibadat dan Persatuan Agama Bukan Islam yang berhasrat untuk menjalankan semula operasi sedemikian di rumah ibadat
masing-masing mulai 1 Julai ini adalah dinasihatkan untuk berbuat demikian
dengan penuh berhati-hati mengikut kemampuan dan tahap kesediaan
amasing-masing bagi memastikan keadaan adalah sentiasa terkawal dan
segala piawaian (SOP) yang telah ditetapkan dipatuhi sepenuhnya. 

Garis Panduan tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang UNIFOR di http://jkm.sarawak.gov.my dan http://jkm/sarawak.gov.my/UNIFOR. 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi atau email pegawai seranta di Bahagian Polisi dan Perhubungan Awam UNIFOR : Simon Engka Crown (simone@sarawak.gov.my / 082-550610 ext 126/ 014-5750990 ) dan Ambrose Linang Sidu (ambrosels@sarawak/gov.my /082-550610 ext 127 / 019-8780787.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »