BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jual isteri di Facebook


SURABAYA: Seorang lelaki di Indonesia tergamak menjual isteri yang dikahwininya untuk khidmat seks di Facebook.

Lelaki berusia 35 tahun dari daerah Wringinom, Gresik menawarkan isterinya kepada pelanggan kerana mengalami masalah kewangan.
Menerusi laporan Detik News, ia disahkan oleh Komisioner Polis Wakasat Reskrim Surabaya, Ardian, semalam.

Ardian menjelaskan, penemuan kes tersebut hasil siasatan yang diketuai oleh Unit KBO untuk Perlindungan Wanita dan Anak-anak (PPA), Iptu Harun.

"Setelah kami mengesan ada transaksi dan jenayah seperti itu. Kami terus lakukan penyiasatan dan menangkap pelaku terbabit," tambahnya.

Ardian berkata, selepas urusan jual beli berlaku dan pelanggan bersetuju, mereka akan bertemu di sebuah hotel.

"Polis melakukan serbuan di sebuah bilik hotel di Jalan Mastrip, Surabaya. Ketika diserbu, pelaku sedang berurusan dengan pelanggan.

"Dalam serbuan itu, polis memperoleh bukti seperti bil hotel, wang tunai Rp 500 ribu (RM200), satu telefon bimbit dan pakaian dalam," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »