BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

JBALB keluarkan notis gangguan bekalan air Loji Saai dan Suai-Niah


KUCHING, 12 Jun: Tiga buah kampung serta sebuah ladang akan mengalami gangguan bekalan air terancang selama dua minggu bermula 15 Jun depan sehingga 28 Jun depan.

Mengikut notis dikeluarkan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, gangguan terbabit bertujuan memberikan laluan kepada kontraktor yang dilantik melaksanakan kerja baik pulih di Loji Rawatan Air Saai, Daro. 

"Kawasan yang mungkin terjejas, Kampung Saai, Kampung Kut, Kampung Sebakau, Ladang Estern Eden,"mengikut notis itu.

JABLB Sarawak akan menghantar bekalan air mengunakan lori tangki ke kawasan terbabit dan akan memantau sebelum, semasa dan selepas ganguan itu.

Selain itu, jabatan terbabit juga mengeluarkan notis gangguan bekalan air bagi kawasan Niah Subis di Bahagian Miri pada 15 Jun depan dari jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Gangguan terbabit disebabkan kerja penyambungan paip di kawasan Jalan Pan Borneo Bintulu-Miri dan menasihatkan penduduk kawasan itu menyimpan bekalan air yang secukupnya untuk sepanjang tempoh gangguan itu.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »