BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jasa warga TUDM dihargai, disanjung tinggi - PM


KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jasa, khidmat, dan bakti warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara, amat dihargai dan disanjung tinggi.

Dalam ucapannya sempena Hari Ulang Tahun TUDM yang ke-62, beliau turut berharap TUDM terus kekal sebagai sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada dunia.

“Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-62 kepada seluruh warga TUDM.

“Semoga TUDM terus kekal sebagai sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada dunia,” katanya di laman Facebook, hari ini.

Hari Ulang Tahun TUDM disambut pada setiap 1 Jun.

Sambutan kali ini bertemakan ‘Berupaya Bersiaga, Kedaulatan Terjaga.’ 

-- BERNAMA

 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »