BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jambatan Gantung mercu tanda baru di Asajaya


ASAJAYA: Projek pembinaan Jambatan Gantung Pekan Asajaya yang dibina bermula pertengahan tahun 2018 yang lalu, siap sepenuhnya awal tahun ini.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang berkata,projek pembinaan  jambatan berkenaan menelan kos sebanyak RM500,000.

"Jambatan gantung ini akan menjadi mercu tanda baharu kepada masyarakat di kawasan Asajaya dan sekitar,menggantikan jambatan lama sebelum ini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian jambatan terbabit hari ini.

Katanya,pembinaan jambatan itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah Ahli Parlimen Kota Samarahan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »