BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jalan Sekuau 1,2 dan 3 sudah diturap

SIBU: Penduduk kampung di sekitar Jalan Sekuau 1, 2 dan 3 kini boleh menarik nafas lega setelah jalan itu siap diturap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir Christopher Gira Sambang menerusi DUN N.59 Tamin berkata, kerja menurap jalan sepanjang 2.85 kilometer itu dilaksanakan oleh Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS).

“Dengan siapnya jalan berturap ini, ia memudahkan pergerakan dan aktiviti harian penduduk di kawasan tersebut.”

Penduduk di situ turut berterima kasih kepada Ir Christopher dan wakil rakyat lain yang selama ini prihatin mendengar keluhan rakyat khususnya di kawasan pedalaman.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »