BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jalan pintas Limbang - Miri tanpa melalui Brunei sedang berjalan lancar - Hasbi


LIMBANG: Pembinaan jalan pintas tanpa melalui Brunei dari Bawang Obor, Mentawai, Gunung Buda di Limbang hingga ke Gunung Mulu bakal memanfaatkan ribuan penduduk di utara Sarawak apabila ia siap kelak.

Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata, laluan sejauh 225 kilometer itu akan menghubungkan daerah Limbang ke Marudi, Baram dan Miri.

“Kerajaan prihatin dengan kesukaran rakyat terutama penduduk di Limbang berikutan lokasinya yang terletak di tengah-tengah Brunei.”

“Jalan pintas ini akan memudahkan penduduk di utara Sarawak sekaligus merancakkan pembangunan pelancongan domestik yang terletak di sepanjang laluan,” katanya.

Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata demikian selepas taklimat dan Mesyuarat Projek-Projek Pembangunan di Bahagian Limbang Bersama Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia di Dewan Bunga Raya di sini, Sabtu.

Beliau berkata, projek yang memasuki fasa pertama ini meliputi pembinaan jalan menghubungkan Bawang Obor ke Tanah Merah di Hulu Medamit hingga ke Gunung Buda.
“Projek menyambung jalan R3 melintasi Gunung Buda dan Gunung Mulu untuk menghubungkan jalan dari kawasan Baram yang sebahagiannya sedang dilaksanakan.”

“Ii bukan jalan alternatif tetapi secara kebetulan semasa penularan COVID-19 timbul cerita keperluan jalan alternatif ini,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri akan membina laluan sejauh 30 kilometer untuk menghubungkan Gunung Buda dan Gunung Mulu yang belum ada jalan setakat ini bagi menyiapkan laluan keseluruhan jalan.

Manakala jalan menghubungkan Mentawai, Gunung Buda hingga ke Gunung Mulu memang telah dibuat sebelum ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia Datuk Henry Sum Agung, Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »