BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jalan KTS rosak, PKR Hulu Belaga

KUCHING, 17 Jun: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Rajang memohon kerajaan negeri  segera membaiki Jalan KTS-Pekan Belaga yang ada laluannya rosak dan tidak dapat dilalui penduduk kawasan itu mengunakan kenderaan sekiranya berlaku hujan lebat.

Ketua Cabang PKR Hulu Rajang, Abun Sui Anyit malahan berkata sekurangnya tiga tempat jalan itu di kawasan Tubau akan banjir sekiranya hujan lebat berterusan selama dua hari atau lebih.

"Memandangkan PKR atau Pakatan Harapan (PH) bukanlah kerajaan di Sarawak atau Malaysia sekarang ini, maka kita memohon pihak kerajaan diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk segera membaiki jalan ini,"katanya dalam kenyataannya di media sosial hari ini.

Abun berkata ini terutamanya kerosakkan laluan jalan terbabit di Kampung Sihan dan mendedahkan masalah terbabit sudah dimaklumkan kepada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Belaga tetapi masih belum ada tindak balas.

Katanya masalah kerosakkan jalan terbabit juga sudah berterusan hampir lima tahun dan disebabkan itu penduduk kawasan terbabit juga telah melaporkan masalah itu kepada PKR Hulu Rajang.

"PKR Hulu Rajang mengesa agar wakil rakyat di kawasan ini iaitu (ADUN Belaga) Datuk Liwan Lagang dan (Ahli Parlimen Hulu Rajang) Datuk Wilson Ugak Kumbong segera bertindak mencari kaedah menyelesaikan masalah rakyat ini,"katanya.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »