BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jalan ditutup untuk penurapan

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching memulakan kerja-kerja menurap semula permukaan jalan di Jalan TDP Abang Haji Muhammad Salahuddin, Kuching bermula semalam.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta berhati-hati memandu di jalan tersebut semasa tempoh penyelenggaraan dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan dan perhatian apabila satu lorong jalan ditutup sepenuhnya.  

JKR Kuching dalam kenyataan memberitahu, pengguna juga digalak menggunakan laluan alternatif sedia ada sehingga tamat kerja-kerja pembaikan ini. 

Antaranya Jalan Satok / TDP Hj. Abdul Rahman Yaa’kub serta Jalan Datuk Marican Salleh / Isthmus Kuching / Pending – Sejingkat / Bako. 

Selain itu, kerja-kerja menurap semula permukaan jalan di Jalan Datuk Bandar Mustapha bermula 17 Jun hingga 16 Julai depan.

Kerja-kerja penyelenggaraan terbabit dijalankan pada waktu malam dari jam 8 malam sehingga 6 pagi untuk mengelakkan kesesakan jalan memandangkan jalan-jalan tersebut adalah jalan-jalan utama dalam bandar.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »