BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jaga penjarakan sosial di pasar, Wan Junaidi

KUCHING, 12 Jun: Pengunjung Pasar Sayur dan Ikan Lundu di pekan Lundu diminta menjaga penjarakkan sosial mereka ketika membeli belah dan membiasakan diri dengan norma baharu pencegahan Covid-19 itu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini setelah melawat ke pasar terbabit hari ini dan mendapati masih ada lagi pengunjung tidak menjaga penjarakkan sosial mereka.

"Walaupun masih ada lagi yang tidak menjaga penjarakkan sosial tetapi kebanyakkan mematuhi arahan yang telah ditetapkan. Saya amat berharap semua pengunjung dan peniaga mengikut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan,"katanya dalam kenyataannya di media sosial hari ini.

Wan Junaidi dan Ahli Parlimen Santubong berkata arahan menjaga penjarakkan sosial terbabit perlu dilaksanakan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dan juga kerana jumlah pelanggan pasar itu yang bertambah.

"Hampir semua blok peniaga telah mula beroperasi dan barangan jualan juga bertambah,"katanya.

Selain itu dari lawatan terbabit, beliau juga melihat ekonomi di Lundu yang sebelum ini terkesan akibat covid-19 telah mula berkembang dan menunjukkan tanda positif.
tamat



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »